Assalamualaikum
Alhamdulillah , semalam kami telah berjaya menjayakan program sambutan hari raya peringkat ipg dimana ianya diadakan mengikut kelas . Ribuan terima kasih buat para hadirin yang sanggup "panjat" tangga untuk ke kelas kami bagi memeriahkan lagi majlis sambutan hari raya di kelas kami . Jutaan terima kasih kepada ibuku yang along sayangi , kerana sanggup berhempas pulas untuk menyediakan makanan untuk kelas kami . Rasa bersyukur yang dan diselangi oleh rasa bersalah kerana ibu sanggup memasak meskipun semalam dia demam :'( . Sorry mum , along tak tau nak mintak tolong sape untuk sediakan masakan untuk kelas kami . Mula-2 tu , masa mi call mak , nak mintak tolong mak masakkan tu , ingatkan dia gurau je , rupa-2 nya , memang betul , dia sanggup masakkan untuk kami . Walaupun mak demam , masakan dia tetap mantap . MUM , ILOVE YOU .
Sesungguhnya , pengorbanan ibu itu memang diakui tidak dapat dinilai dengan wang ringgit ,meskipun nanti bila along dah habis belajar , dan dah kerja , :( along masih tak dapat balas jasa mak . Along mintak maaf sekiranya sebelum ni along ada buat mak kecik hati ke , ape ke . Alongg mintak maaf :( . Semoga ibuku sihat-2 selalu , dimurahkan rezeki , bahagia rumah tangga , selamat dunia akhirat , dan .. dan .. dan .... selalu ada untuk along . ^_^
Kalaula , along tak suruh mak yang masak , mesti kalut ribut mencari katering . Katering tu mahalla , mak .. dahla tak sesedap masakan mak . *along rindu mak !! Mak , alongkan , kalau seminggu tak makan massakan mak , rasa macam minggu ni tak de makna untuk along . MAK , ALONG SAYANG MAK !! .
Alhamdulillah , disebabkan allah dah tahu pe'el perangai along yang senget dan manja ni , allah tempatkan tempat along belajar dekat dengan rumah . Jadi , along tak perlu nangis sorang-2 bila along rindu mak , abah , yaya , amir dan adik bongsu along yang banyak cakap ni , wawa .. hehe ^_^ along rindu wa, rindu nak dengar potpet-2 wa , hihi :") .
Semalam along rasa bahagia sangat bila semua orang dalam kelas along bekerjasama untuk sama-2 kemas kelas lepas jamuan . ^_^ ini yang along suka ni .
Ting Tiew Lung atau lebih dikenali dengan nama kristiannya , DYLAN , dia mewakili semua bebudak kelas along , ucap terima kasih kat mak sebab mak dah masakkan untuk kelas alongkan ? hehe . Mak , along tahu , rm10 tu sangat tak cukup jika nak dibandingkan dengan masakan mak yang banyak dan sedap tu . Along tak tahu nak kutip berapa ringgit untuk setiap kepala . Mak , along jadi bendahari taw dalam kelas tu . hehe . along yang pegang semua duit-2 yang penting dalam kelas tu , in sha allah , along akan jadi orang yang paling amanah bila pegang benda yang bukan hak milik along ^_^ .

No comments:
Post a Comment