Nurul Syamimi Rushdan
All About Me , You And Us ! ^.^
Sunday, 30 August 2015
Friday, 30 August 2013
Feel Down Easily Without Our Supporter
Assalamualaikum .
Syukur alhamdulillah kulafazkan kerana masih diberi untuk nafas untuk merasai cinta dan kasih sayang ilahi serta menjalani kehidupan meskipun diri ini diibaratkan seperti pengemis yang mengemis di bumi Allah ini . Alhamdulillah , terima kasih ya allah .
" Hidup Adalah Anugerah " . Ini adalah perkara yang memang patut kita fahami kenapa saya berkata sedemikian . Ini kerana , setiap peluang yang diberikan oleh allah untuk kita jalani di atas muka bumi allah meskipun waktu yang ditetapkan adalah singkat .
Sebenarnya , aku tulis semua ni dalam blog sebab , malam tu aku rasa down sangat . :( sebab aku ada banyak kelemahan tw , aku susah nak belajar , susah nak faham , kawan-2 macam tak hiraukan perasaan akula , and macam-2 .
Tapi , Ada seorang hamba allah ni, Namanya , Dayang Nurul Syifa Binti Abang Nazaruddin , datang memulihkan semangatku . Dia banyak bagi kata-2 semangat masa tu . Dan , dia jugak ada bagi sebuah lagu untuk aku , yang bertajuk apa entah . tapi lagu tu best tw . thanks Fa , Mi sayang Faa ^_^
Ngee :D , comel kan dia ? yess !! ^_^
Sambutan Raya Di IPGK KB
Assalamualaikum
Alhamdulillah , semalam kami telah berjaya menjayakan program sambutan hari raya peringkat ipg dimana ianya diadakan mengikut kelas . Ribuan terima kasih buat para hadirin yang sanggup "panjat" tangga untuk ke kelas kami bagi memeriahkan lagi majlis sambutan hari raya di kelas kami . Jutaan terima kasih kepada ibuku yang along sayangi , kerana sanggup berhempas pulas untuk menyediakan makanan untuk kelas kami . Rasa bersyukur yang dan diselangi oleh rasa bersalah kerana ibu sanggup memasak meskipun semalam dia demam :'( . Sorry mum , along tak tau nak mintak tolong sape untuk sediakan masakan untuk kelas kami . Mula-2 tu , masa mi call mak , nak mintak tolong mak masakkan tu , ingatkan dia gurau je , rupa-2 nya , memang betul , dia sanggup masakkan untuk kami . Walaupun mak demam , masakan dia tetap mantap . MUM , ILOVE YOU .
Sesungguhnya , pengorbanan ibu itu memang diakui tidak dapat dinilai dengan wang ringgit ,meskipun nanti bila along dah habis belajar , dan dah kerja , :( along masih tak dapat balas jasa mak . Along mintak maaf sekiranya sebelum ni along ada buat mak kecik hati ke , ape ke . Alongg mintak maaf :( . Semoga ibuku sihat-2 selalu , dimurahkan rezeki , bahagia rumah tangga , selamat dunia akhirat , dan .. dan .. dan .... selalu ada untuk along . ^_^
Kalaula , along tak suruh mak yang masak , mesti kalut ribut mencari katering . Katering tu mahalla , mak .. dahla tak sesedap masakan mak . *along rindu mak !! Mak , alongkan , kalau seminggu tak makan massakan mak , rasa macam minggu ni tak de makna untuk along . MAK , ALONG SAYANG MAK !! .
Alhamdulillah , disebabkan allah dah tahu pe'el perangai along yang senget dan manja ni , allah tempatkan tempat along belajar dekat dengan rumah . Jadi , along tak perlu nangis sorang-2 bila along rindu mak , abah , yaya , amir dan adik bongsu along yang banyak cakap ni , wawa .. hehe ^_^ along rindu wa, rindu nak dengar potpet-2 wa , hihi :") .
Semalam along rasa bahagia sangat bila semua orang dalam kelas along bekerjasama untuk sama-2 kemas kelas lepas jamuan . ^_^ ini yang along suka ni .
Ting Tiew Lung atau lebih dikenali dengan nama kristiannya , DYLAN , dia mewakili semua bebudak kelas along , ucap terima kasih kat mak sebab mak dah masakkan untuk kelas alongkan ? hehe . Mak , along tahu , rm10 tu sangat tak cukup jika nak dibandingkan dengan masakan mak yang banyak dan sedap tu . Along tak tahu nak kutip berapa ringgit untuk setiap kepala . Mak , along jadi bendahari taw dalam kelas tu . hehe . along yang pegang semua duit-2 yang penting dalam kelas tu , in sha allah , along akan jadi orang yang paling amanah bila pegang benda yang bukan hak milik along ^_^ .

Friday, 23 August 2013
Eh ! Dah Masuk 2 Bulan Dah ? ^_^
Assalamualaikum ^.^
Terasa cepat je masa berlalu . Sekarang dah masuk 2 bulan aku kat IPG Kampus Kota Bharu ni . Teringat masa mula-2 masuk sini . Macam nak lari sampai tak cukup tanah je bila mak paksa masuk sini . Tapi tak sangka ya , bila masuk sini .. jumpa geng yang faham jiwa aku , Ceh, haha . Masa hari pendaftaran (24.6.2013) , aku jumpa dengan 2 orang ni , iaitu Nurul Izati Mukhali , dan Muhammad Aiman Bin Shuai'bon . Muka diorang nampak macam garang , *nampak je k . Tapi hakikatnya , diorang tesangatlah sporting . Masa first-2 hari tu , agak sedih sebab 90% classmates aku orang sabahan dan sarawakians . Bukan apa , perbezaan pertuturan dan budaya je yang menhalang kami bersatu . Cuma , aku and aiman je yang betul-2 anak jati kelate dalam kelas Bimbingan Dan Kaunseling tu .Tapi , Kini ... pertambahan ahli telah berlaku .. pada second intake , Fazlin (orang yang asal dari kelantan , tapi tinggal kat KayEll bertahun-2) masuk .. Dia Kiut taw . Muka dia , ee ! Comel !! ..Seterusnya , yang third intake, masukla pulak si hanum(orang bachok,kelantan) dan hanis nabilah roslan(orang pulau penang) ni . Diorang Happy-Go-Lucky tw . Sayang Korangg !!And yang last sekali , *ceh, ayat salah tu .. Forth intake ni , masuklah si Ikram anak mak ni , dia asal selangor .*wahh . haha . Tapikan , dia ni agak pendiam taw . tapi , papepun , kami tetap kawan ..Eh , Korang... ILYSM taw ! :*
Subscribe to:
Posts (Atom)

